twitter
rss



TELUR




Ayam betina bertelur di dalam sarang. 




Di dalam telur tersebut terdapat embrio yang akan membesar menjadi anak ayam dalam masa 21 hari.



Ayam betina perlu memastikan telur-telurnya dipanaskan. Proses ini dipanggil pengeraman.



Kulit telur ayam  yang keras melindungi embrionya. Apabila cukup 21 hari, anak ayam di dalam telur akan mematuk kulit telur untuk menetas keluar. 






Disebabkan kulit telur ayam yang keras itu, kadang kala ia memakan masa satu hari untuk anak ayam berjaya menetas keluar.



ANAK AYAM

Anak ayam berada dalam keadaan lembap apabila ia menetas. Bulunya yang berwarna kekuningan akan mengering dengan cepat. 



Anak ayam boleh terus berjalan selepas ia menetas. 





Pada peringkat ini, ia memakan biji benih, serangga dan cacing.





Bulu anak ayam akan tumbuh dengan lebih banyak dalam masa 4 minggu. Balung ayam akan tumbuh di atas kepala ayam. 



Anak ayam akan menyerupai induknya sepanjang mereka membesar.









AYAM DEWASA
Anak ayam akan membesar menjadi ayam dewasa dalam masa enam bulan. Proses ini akan berulang apabila anak ayam betina yang telah membesar menjadi ayam betina dewasa mula bertelur.

5 comments:

  1. rujukan yg mudah difahami tetapi padat dgn info-info yg tepat

  1. tq ameera...blog ini sesuai utk bacaan muri sekolah rendah.

  1. maklumat yg berguna kepada semua individu.

  1. terima kasih....semoga boleh membantu...

  1. tq...anak saya dapat belajar tentang kitar hidup ayam...

Post a Comment