twitter
rss







Benda hidup terdiri daripada

Manusia 

Haiwan

Tumbuhan


Semua benda hidup mempunyai keperluan asas untuk hidup. Keperluan asas manusia dan haiwan adalah sama, iaitu:
Makanan, Air, Udara, Tempat berlindung

Manakala, keperluan asas bagi tumbuhan pula ialah:
Air, Udara, Cahaya matahari

Semua benda hidup akan mati jika tidak mendapat keperluan asasnya.

Poor Cik Ti...



TELUR




Ayam betina bertelur di dalam sarang. 




Di dalam telur tersebut terdapat embrio yang akan membesar menjadi anak ayam dalam masa 21 hari.



Ayam betina perlu memastikan telur-telurnya dipanaskan. Proses ini dipanggil pengeraman.



Kulit telur ayam  yang keras melindungi embrionya. Apabila cukup 21 hari, anak ayam di dalam telur akan mematuk kulit telur untuk menetas keluar. 






Disebabkan kulit telur ayam yang keras itu, kadang kala ia memakan masa satu hari untuk anak ayam berjaya menetas keluar.



ANAK AYAM

Anak ayam berada dalam keadaan lembap apabila ia menetas. Bulunya yang berwarna kekuningan akan mengering dengan cepat. 



Anak ayam boleh terus berjalan selepas ia menetas. 





Pada peringkat ini, ia memakan biji benih, serangga dan cacing.





Bulu anak ayam akan tumbuh dengan lebih banyak dalam masa 4 minggu. Balung ayam akan tumbuh di atas kepala ayam. 



Anak ayam akan menyerupai induknya sepanjang mereka membesar.









AYAM DEWASA
Anak ayam akan membesar menjadi ayam dewasa dalam masa enam bulan. Proses ini akan berulang apabila anak ayam betina yang telah membesar menjadi ayam betina dewasa mula bertelur.



Peringkat Pertama
Penghasilan telur


Katak menghasilkan telur di dalam air atau di kawasan yang berair. Telur-telur ini melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. 

Katak bertelur sehingga beratus-ratus biji telur. Ini adalah bagi memastikan kemandirian hidup spesisnya.

Telur katak diselaputi struktur seperti agar-agar yang agak licin bertujuan untuk melindungi telur tersebut. 
Katak betina tidak akan menjaga telurnya selepas bertelur. 

Telur-telur tersebut akan berkembang tetapi hanya sebahagian sahaja yang akan berjaya menetas menjadi katak. Ini kerana, hidupan lain seperti ikan, itik, serangga dan lain-lain haiwan akan memakan sebahagian telur tersebut.


Peringkat Kedua
Berudu


Selepas 21 hari tempoh perkembangan, telur akan bertukar  menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari – 3 minggu.


Berudu memakan tumbuhan air yang kecil (yang melekat pada tumbuhan air yang besar). Tumbuhan kecil ini di panggil alga.







Berudu mempunyai ekor yang panjang dan tinggal di dalam air. Ia masih belum berupaya untuk hidup di darat. Ia sangat lemah dan mudah mati akibat ancaman oleh haiwan lain (dijadikan makanan) atau apabila tempat tinggalnya menjadi kering.






Peringkat Ketiga
Anak katak

 Selepas 5 minggu, berudu mula ditumbuhi kaki belakang diikuti dengan kaki hadapan. Manakala ekornya pula mula mengecil. Paru-paru juga mula mengembang (bagi membolehkan katak hidup di darat).


Pada peringkat ini, berudu akan mula berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang bagi memudahkan ia untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang reput.


Lama kelamaan, berudu mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit. Mulutnya mula melebar dan rahangnya mula hilang. Ekornya mengecil manakala kaki mula membesar. Paru-paru semakin berkembang dan menjalankan fungsinya.




Peringkat Akhir
Katak


Selepas 11 minggu, berudu telah berkembang dengan lengkap. Ia menjadi seekor katak yang mempunyai paru-paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di atas darat berbanding di dalam air. Anak katak ini mula memakan seranggan dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini akan berulang kembali.





Kitar hidup haiwan merupakan satu konsep yang menerangkan tentang proses yang berlaku  sepanjang kehidupan sesuatu hidupan atau habitat iaitu daripada baru lahir, telur, dan membesar.

Pada setiap peringkat yang dilalui hidupan ini akan melalui proses yang berlainan dari segi bentuk dan perubahan yang bakal berlaku.  Ada haiwan yang dilahirkan menyerupai ibunya (haiwan ini hanya berubah saiz semasa membesar) dan ada juga yang tidak menyerupai ibunya (haiwan ini berubah bentuk dan warna apabila membesar). 

Namun apa yang dapat dipastikan ialah walaupun semua hidupan melalui kitar hidup masing-masing tetapi ia tidak sama antara satu sama lain.

Kitar hidup katak

Kitar hidup ayam

Kitar hidup nyamuk


Minggu Sains 2012
SK Taman Seri Rembau


Minggu Panitia Sains SK Taman Seri Rembau telah diadakan pada 9 - 13 April 2012. Program ini diadakan secara kolabrasi dengan Panitia Matematik SK Taman Seri Rembau. Antara aktiviti yang diadakan pada minggu tersebut adalah:

  • Kuiz terkumpul
  • Pertandingan mencirikan haiwan
  • Explorace
  • Demontrasi eksperimen
  • Eureka
Tatapilah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang Minggu Sains berlangsung.

Perasmian oleh Guru Besar SKTSR, Pn. Hjh Fadzilah.
Ucapan oleh Ketua Panitia Sains.
Murid mendengar denyutan jantung.
Aktiviti mengukur isipadu guli.
Murid menghasilkan sebuah kubus.
Puzzle.
Aktiviti 'Play-In-Station' untuk murid Tahun 4.
Mengukur keluasan gelanggang.

Fasa bulan terdiri daripada empat fasa yang utama, iaitu:
  • Anak bulan
  • Bulan sabit
  • Bulan separa
  • Bulan purnama

Gambar dibawah menjelaskan dengan terperinci mengenai fasa-fasa bulan.

Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.





Mari sama-sama menyanyikan lagu 'Dari anak bulan menjadi bulan sabit'




Refleksimu yg menyinari bumi,
ditemani bintang-bintang dan supernova 
yg meletus berjuta-juta tahun cahaya,
cahaya refleksimu yang datang dari mentari,
yg menyinari di sebelah timur,
dan engkau bulan,
memantul Nur dari timur 
menyinari barat yg hitam tanpa mentari.



Mentari
lahirmu bermula dr se-zarah protium,
pertemuanmu dengan deuterium,
nuclear fusion-mu meradiasi cahaya 
sejauh jutaan tahun cahaya,
bermulalah Nurmu yg memberi kompleksiti 
kepada bumiku ini,
dgn kebenaran ALLAH,
engkau menyinari dunia
 hingga ke hujung hayatnya.





Ya ALLAH,
Walaupun mentari akan terbit di barat,
walaupun bulan terbelah dua,
biarpun peparuku runtuh tanpa udara,
biarpun darah beku memenuhi otak,
biarpun darahku bercampur tanpa septum,
hambamu ini tak akan berhenti mencintai-Mu.