Benda hidup terdiri daripada
Semua benda hidup mempunyai keperluan asas untuk hidup.
Keperluan asas manusia dan haiwan adalah sama, iaitu:
Makanan, Air, Udara, Tempat
berlindung
Manakala, keperluan asas bagi tumbuhan pula ialah:
Air, Udara, Cahaya matahari
Semua benda hidup akan mati jika tidak mendapat keperluan
asasnya.
TELUR
Ayam betina
bertelur di dalam sarang.
Di dalam telur tersebut terdapat embrio yang akan
membesar menjadi anak ayam dalam masa 21 hari.
Ayam betina perlu memastikan
telur-telurnya dipanaskan. Proses ini dipanggil pengeraman.
Kulit telur
ayam yang keras melindungi embrionya. Apabila
cukup 21 hari, anak ayam di dalam telur akan mematuk kulit telur untuk menetas
keluar.
Disebabkan kulit telur ayam yang keras itu, kadang kala ia memakan masa satu hari untuk anak ayam berjaya menetas keluar.
ANAK AYAM
Anak ayam berada
dalam keadaan lembap apabila ia menetas. Bulunya yang berwarna kekuningan akan mengering
dengan cepat.
Anak ayam boleh terus berjalan selepas ia menetas.
Pada peringkat
ini, ia memakan biji benih, serangga dan cacing.
Bulu anak ayam akan tumbuh dengan lebih banyak dalam masa 4 minggu. Balung ayam akan tumbuh di atas kepala ayam.
Anak ayam akan menyerupai induknya
sepanjang mereka membesar.
AYAM DEWASA
Anak ayam akan
membesar menjadi ayam dewasa dalam masa enam bulan. Proses ini akan berulang
apabila anak ayam betina yang telah membesar menjadi ayam betina dewasa mula
bertelur.
Peringkat
Pertama
Penghasilan telur
Katak menghasilkan telur di dalam air atau di
kawasan yang berair. Telur-telur ini melekat antara satu sama lain membentuk
sekelompok telur.
Katak bertelur sehingga beratus-ratus biji telur. Ini adalah
bagi memastikan kemandirian hidup spesisnya.
Telur katak diselaputi struktur seperti agar-agar yang agak
licin bertujuan untuk melindungi telur tersebut.
Katak betina tidak akan
menjaga telurnya selepas bertelur.
Telur-telur tersebut akan berkembang tetapi
hanya sebahagian sahaja yang akan berjaya menetas menjadi katak. Ini kerana,
hidupan lain seperti ikan, itik, serangga dan lain-lain haiwan akan memakan
sebahagian telur tersebut.
Peringkat Kedua
Berudu
Selepas 21
hari tempoh perkembangan, telur akan bertukar menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga
ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari – 3 minggu.
Berudu memakan
tumbuhan air yang kecil (yang melekat pada tumbuhan air yang besar). Tumbuhan
kecil ini di panggil alga.
Berudu mempunyai ekor yang panjang dan tinggal di dalam air. Ia masih belum berupaya untuk hidup di darat. Ia sangat lemah dan mudah mati akibat ancaman oleh haiwan lain (dijadikan makanan) atau apabila tempat tinggalnya menjadi kering.
Peringkat Ketiga
Anak katak
Selepas 5 minggu, berudu mula ditumbuhi kaki belakang diikuti dengan kaki hadapan. Manakala ekornya pula mula mengecil. Paru-paru juga mula mengembang (bagi membolehkan katak hidup di darat).
Pada peringkat
ini, berudu akan mula berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga
membantu ia berenang bagi memudahkan ia untuk mendapatkan makanan. Berudu mula
makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang reput.
Lama kelamaan,
berudu mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit. Mulutnya mula
melebar dan rahangnya mula hilang. Ekornya mengecil manakala kaki mula
membesar. Paru-paru semakin berkembang dan menjalankan fungsinya.
Peringkat Akhir
Katak
Selepas 11
minggu, berudu telah berkembang dengan lengkap. Ia menjadi seekor katak yang
mempunyai paru-paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih
banyak menghabiskan hidupnya di atas darat berbanding di dalam air. Anak katak
ini mula memakan seranggan dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan
mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini akan berulang
kembali.
Kitar
hidup haiwan merupakan satu konsep yang menerangkan tentang proses yang
berlaku sepanjang kehidupan sesuatu hidupan atau habitat iaitu daripada
baru lahir, telur, dan membesar.
Pada
setiap peringkat yang dilalui hidupan ini akan melalui proses yang berlainan
dari segi bentuk dan perubahan yang bakal berlaku. Ada haiwan yang dilahirkan menyerupai ibunya (haiwan ini hanya berubah saiz semasa membesar) dan ada juga yang tidak menyerupai ibunya (haiwan ini berubah bentuk dan warna apabila membesar).
Namun apa yang dapat dipastikan ialah walaupun semua hidupan melalui kitar hidup masing-masing tetapi ia tidak sama antara satu sama lain.
Kitar hidup katak |
Kitar hidup ayam |
Kitar hidup nyamuk |
Subscribe to:
Posts (Atom)